Friday, February 24, 2012

PBSM Celop.. Fraser Ganster!

Hey..hey..U ols...

Kerana kebizian selama beberapa minggu ni terabai sudah ni blog.. Minggu pertama Januari lepas join kem, lepas tu join bengkel, lepas tu join minggu suai kenal untuk menyesuaikan para cikgu-cikgu yang baru masuk ke UPSI ni..Then join pulak kursus ke Fraser Hill under PBSM.

Dek kerana tahun caca-marba ni tiba-tiba aku jadi ahli PBSM UPSI.. Memang rezeki aku kali untuk dapat percutian kat Shahzan Inn Freser Hill.. Segalanya percuma okey.. Gara-gara sorang budak ni tarik diri aku dikambing hitamkan oleh teman serumah ku sendiri demi mengelakkan mereka membayar penalti sebanyak lebih kurang 400 ringgit la begitu..

Gruop FRASER GANGSTER.. ganas tak ganas?

Konon demi semangat setia kawan aku mengorbankan masa yang aku memang dah set awal-awal peruntukkan untuk spent dengan lil sister aku yang tak lama lagi balik Sabah.. Ada beberapa hari saja lagi beliau akan berada di tanah Semenanjung ni. 3 hb March ni akan fly balik ke Sabah. Selain tu aku mengorbankan status aku sebagai PENGAKAP MALAYSIA yang sejati, masa kerja aku kat kedai Dobi Layan Diri sana dan jugak mengorbankan masa rehat aku yang telah tidak pernah ku kecapi selama beberapa minggu sejak kebelakangan ni..

Tapi apapun saya mengucapakan ribuan terima kasih la kepada PBSM UPSI terutamanya Kapten Liz Patrik dan Fit.. tanpa mereka tidaklah saya dapat menikmati percutian 3 hari 2 malam d Fraser Hill.. Biarpun tidak dapat rehat secukupnya tapi oleh kerana aktiviti sepanjang kursus tu yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap ringan, sebab beberapa aktiviti yang saya join pada minggu sebelum-sebelumnya tersangatlah ekstrim pada hemat saya, jadi secara tidak langsung status KURSUS SEKATA under LPPKN yang dikelolakan oleh PBSM Cabang T. Malim yang berlangsung di Fraser Hill itu saya isytiharkan sebagai PERCUTIAN...

First time seumur hidup pakai baju PBSM


Seronok tak seronok belakang kira janji Fraser Hill tu aku dah tawan.. Aku pun dah Iba..Iba..andale.. dengan Stormy c kuda hitam dengan bayaran RM 5 tu pun aku sudah cukup berpuas hati.. Dengan makan freenya, shower pulak siap ada heatter, pengering rambut ada, tivi ada, paket-paket kecil gula, creamer, kopi, dan teh bersepah kena kasi free kat hotel tu.. hmmm.. beruntung tak beruntung korang pikir la sendiri... eh..aku ni bajet aku jak yang pernah pegi hotel kan...phuii~

Then sekarang ni minggu pertama kuliah.. Mood malas pegi kuliah kembali berkobar-kobar setelah hampir padam beberapa minggu yang lepas. Tapi apapun as a student saya kena jugak hadapi dengan tabah.. Apa yang penting sekarang ni harus ikhlas, redha dan pasrah untuk pergi ke kelas.. ehem..

Baiklah~ sampai disini sahaja setakat ini..assalamualaikum..

Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah....





Friday, February 17, 2012

Wahai kamu~

assalamualakum...

Penat dari minggu suai kenal pun ndak habis lagi hari ini pegi pulak kursus PBSM di Fraser Hill.. Ok ndak apa biarpun malas maw pegi tapi ikhlaskan jak lah diri kan.. Bak kata pepatah melayu tolong menolong amalan mulia~

Pasal minggu suai kenal tu nanti saya cerita in di kemudian hari okey.. Macam tidak sempat plak kalau maw cerita in sekarang.. Semenjak beberapa bulan ni saya tersangat dan super duper busy...

Kepada kamu yang berkenaan nun jauh di sana terima kasih banyak sebab memahami dan care pasal saya..ehem~ :)

Ok chaw dulu..Bye~

Thursday, February 9, 2012

Hey..hey..u ols..

Sempena cuti semester yang tidak lama lagi berakhir ni, aku pegi lah menyibukkan diri ku yang memang sudah sedia sibuk ni untuk join program Rakan Suai Kenal. Oleh kerana sem ni dan sem depan bertekad maw mem-busy-kan diri jadi biarpun kerja ada banyak tetap jugak mahu menyibuk sikit. Bila lagi maw join kan..? Ndak lama lagi maw habis study sudah ni, so kena la menimba pengalaman yang tidak seberapa ni sebagai bekalan untuk dimasa hadapan.

Program ni mula pada 8hb-16hb february. Lama jugak kan..? but so far program agak relax jugak la pada peringkat bengkel ni. Mungkin bila student baru ni sudah baru mendaftar baru nampak busy sikit. Pada 8hb yang lepas kami pegi jungle tracking.. konon la jungle kan..padahal separuh jungle separuh ladang kelapa sawit. eheemmm... So tanpa membuang masa jom tengok pix kami yang rox!

Istaring..

Yeah thats me! muka jellek plus hitam lagi..

Grup ku dan grup fit..

Aku nampak sipi-sipi jak..

Semmat kan? :p


Kepenatan..

Pasir bertan-tan dalam kasut

Yeah! me again..


konon tidak maw kasi basah kasut..

Suka dengan pix ni..seolah-olah best berada dalam hutan..

Ok..amacam..rox kannnnn? :p


Wednesday, February 8, 2012

Maw pegi sini

Hey..hey..u ols...

Bunga dengan perempuan ni memang sudah sinonim kalau digandingkan. Sebagai seorang girl yang normal saya pun minat jugak dengan bunga-bungaan ni. Tapi bukan bunga rose, matahari, ataupun bunga orkid okey. Bunga ni jarang ada di Malaysia ni. saya sendiri pun ndak pernah lagi tengok secara live. Sebab tu semangat berkobar-kobar maw pegi tengok bunga ni secara live.. Sejak tingkatan 5 klu aku ndak silap aku minat ni bunga.. al-maklum la..time tu la kunun ba start mengenal cinta..phuuuuik! hahaha~

Tapi nanti lah di satu hari apabila saya sudah jadi kaya nanti. Bukannya apa tempat yang saya maw pegi ni ni Amsterdam jaaaaauuuhhhh Taman bunga tulip Keukenhof. Kalau rezki banyak insyaallah aku pegi la..hihihi.. Ndak sabar maw tunggu saatnya bila aku kaya nanti..ehemmmm..bila la tu ya...?

Ok..tanpa buang masa jum kita tengok gambar-gambar bunga feveret ku dan Taman Keukenhof ni..

Oleh kerana saya minat colour purple so ofkos la saya kena minat bunga tulip colour purple kan..

Tulip purple lagi...

Lawa kan yang colour purple ni?

Serius lawa gila...

Paduan warna yang cukup padu..Dark purple with pink..

Colour putih pun not bad kan?

Jugak teringin maw tengok kincir angin yang classic ni..

Macam maw gila aku tengok ni..

Insyaallah someday akan ku tawan jugak ni tempat..tengok sejak la... Amsterdam..nantikan kedatangan ku.. :)








Monday, February 6, 2012

Mabul Island Awesome

Hey..hey..U ols..

Dalam edisi blog aku yang lepas dah masukkan gambar-gambar percutian kat Pulau Mabul ni. Tapi oleh sebab blog tuh dah kena terminate so saya upload lagi balik.. Bukan maw menunjuk-nunjuk, tapi sekadar maw melancarka promosi 'VISIT SEMPORNA' hehehe.. Okey jom saksikan pix ni..

Kualiti pix agak kurang..


Mabul chix merangkap peng sponsor percutian kali ini

Miss Universe from Mabul 

My Friend, Ais krim, dan Ikan Banak..

Amman & Aini

Kanak-kanak Ribena

Hot Chix!

Bro Amman & Sis Aini

Mabul Sunset

Trep pro skalinya hampeh..

Kak Eg & her siblings


Mabul Sunrise

Gud bye Mabul..Lain kali saya datang lagi..


Patah Seribu

Hey..hey..guys..

Lagu Shiela Amzah yang bertajuk Patah Seribu ni betul-betul buat hati aku tersentuh..Kenapa tah aku pun tak tau. Walaupun lagu ni kira agak lama sudah tapi hari ni first time tengok video klipnya yang full dan hayati lirik lagunya. . Kena betul di hati ku ba.. Terasa sedap jak lagu ni.. Okey jum layan lagu ni jap..aku siap kopipes lagi lirik lagu ni.. Jom karok!!!


Walau kau tiada di sini

Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…

p/s: kredit to shiela amzah, gud job girl!

Tersilap Join Kem

hey...hey...readers

Semalam dalam pukul 5.30 baru sampai rumah setelah 3 hari berhempas pulas dari join kem kursus kepimpinan. Penat gila-gila bangang. Tapi standard la tu kan kalau pegi kem. kalau tak penat tu maksudnya bukan kem. Tersangat bersyukur dapat join kem ni walaupun tak ada niat maw join .  Banyak sangat benda yang saya pelajari. Tapi nak dijadikan cerita kononnya aku tambah penat lagi mengantuk apabila pukul 7 malam tu aku kena masuk kerja pulak sampai jam 12 malam... Gila tak gila, robot tak robot, dah la penat dari kem tak hilang lagi terus la pulak pegi masuk kerja. Tapi tak apa..Tanggung jawab tu harus diutamakan. So hari ini saya mahu rehat sepuas-puasnya sampai bosan sebab esok masuk kerja la pulak.

Firstly, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada housemate saya yang mati-matian mengajak saya untuk join kem al-falah tu hari sebab dia tiada geng, dengan semangatnya saya pun teringin untuk join sebab kem tu berlangsung di hotel okey. Jadi tanpa soal selidik aku pun download borang kursus kepimpinan dari portal, isi, dan terus hantar pegi HEP. Beberapa hari kemudian pada 31hb Januari dapat sms dari HEP untuk bagi tahu pasal maklumat ringkas mengenai kem kepimpinan ni. Aku pun dengan bangganya tanya Fit kalau dia suda dapat sms dari HEP. Dia cakap belum.

Lepas tu untuk kepastian fit tanya aku bila tarikh kem yang kami mahu pegi tu. Aku pun cakap la 3-5hb Jan. Lepas tu fit pun cakap 'aik bukan 1-3hb ka? aku pun $%^&* (-_-') apa ba c Fit ni waras ka ndak dia ni... Kami pun arguing la pasal tarikh sebenar kem tu. Last-last aku bagi Fit tengok mesej dari HEP tu, dan sah tarikh yang kami berdua cakap tu 100% betul. 1-3hb Jan dan 3-5hb Jan. Cuma masalahnya kem yang akan kami join ni kem yang berbeza. What the fish betul la... £$%^&*

Aku pun silap jugak isi borang membuta tuli ingatkan Al-Falah tu kursus kepimpinan tu yang aku isi jak tu borang, yang c Fit ni pulak ndak la bagi tahu cara maw daftar kem Al-Falah tu. kesudahannya c Fit pegi kem Al-falah sendiri-sendiri dan aku pulak pegi Kursus kepimpinan sendiri-sendiri jugak. Tapi tidak apa la tidak jugak rugi aku join tu kem. Memang sangat banyak faedahnya, dan aku dapat 1 pengajaran dan dari seorang budak TESL ni. Benda tu betul-betul buat aku macam baru bangun dari tidur, baru tersedar bertapa rendahnya social skill yang aku ada. ehemmm...

Baru aku sedar aku ni jenis yang pemalu jugak sebenarnya... hihihihihhi..konon lah kan.. tapi serius.. itulah sebenarnya masalah ku dalam bersosial ni. Budak TESL tu cakap masa 2 orang ahli kumpulan kena bagi review mengenai aktiviti berakit-rakit ke hulu pagi kemarin yang lebih kurang begini la maksudnya, kalau kita mahu jadi seorang pemimpin yang didengar cakapnya kita kenalah tahu mengambil hati dan bergaul dengan anak buah kita baru lah diorang akan dengar dan ikut cakap kita dengan hati yang rela. Konsep tu sebelum ini memang lama suda aku tahu, tapi ndak taw la macam betul-betul kena dengan hati ku  benda yang dia cakap ni. Mungkin sebab aku sedikit terasa aku ni jenis yang kurang pandai dalam bergaul dengan orang sekeliling sedangkan kawan sendiri pun ndak senang dengan aku punya perangai ini kan pulak yang aku baru kenal. Lepas jak kami punya aktiviti tengah hari semalam tu habis aku pun terus jumpa budak TESL tu dan ucap terima kasih sebab sedarkan aku. Dia pun agak kaget jugak dengan tindakan ku tu... Betul-betul dirasai hikmah aku tersilap kem ni..alhamdulillah~

Beberapa fakta mengenai diri aku.

1. Tidak pernah cuba untuk bergurau mesra dengan lecture, tutor, ataupun orang besar, cakap sekadar perlu, then senyum, dan terus tutup mulut.

2. Tidak pernah cuba untuk menegur orang yang baru aku kenali bila berselisih sekadar senyum dihujung bibir sejak dan yang paling teruk buat-buat tidak tidak nampak tu orang.

3. Agak sukar untuk didekati.

4. Teramat sukar sekadar memulakan simple conversation dengan siapa-siapa kecuali kalau saya kena tanya dulu.

5. Teramat sukar mencari topik yang sesuai untuk dibualkan dengan strangers mengikut peringkat umur.

6. Malu untuk tegur orang terlebih dahulu, takut nanti diorang ndak kenal aku sudah ataupun takut dapat respon negative.

8. Cakap ikut sedap mulut sehingga menyinggung perasaan orang lain, tapi sebenarnya saya tidak maksudkannya, serius tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan siapa-siapa.

9. Tengah bergelut dengan perasaan sendiri untuk mengatasi semua masalah di atas.

Baiklah sampai ni jak dulu aku boleh terangkan mengenai cerita aku yang tersilap kem ni. kalau ada apa-apa tambahan nanti aku post lagi..

Assalamualaikum...



Thursday, February 2, 2012

Kampus Sultan Azlan Shah (Kampus Baru UPSI)




Hey..hey..u ols.. hari ni saya bukan nak cerita pasal demonstrasi yang berlangsung kat UPSI pada tahun baru yang lalu. Tapi...pada hari yang mulia ini saya nak kongsikan video yang saya tibai kat youtube kejap tadi.. As a student UPSI yang teramat sayang kan UPSI saya nak show of sikit mengenai keindahan kampus upsi yang baru ni. Cantik o......hahaha..... mungkin bagi korang-korang semua kampus baru ni tak lah se cute mana tapi bagi saya UPSI memang terbaek.. Namun kampus lama ni terbaek jugak. Biar pun kampus lama ni agak kecik tapi sebenarnya banyak kelebihan kampus kecik ni. Percayalah, memang banyak kelebihannya. Maw berurusan pun ndak payah naik turun bas maw p satu-satu fakulti. Senangkan :)

Tapi walau apa pun, tidak sabar maw start gunakan kampus baru..hahaha..gila-gila excited aku.. Kira beruntung jugak la sebab fakulti aku kena pindah pegi kampus baru tu, tapi masalah baru yang akan timbul akan semakin susahla aku nak berurusan pegi fakulti tu kan. sedangkan yang dekat ni pon aku gila-gila malas nak angkat kaki naik fakulti tu.huhuhu.. tapi tak apa, janji kampus baru..sempat jugak la aku merasa kampus baru ni sebelum chaw.. hihiihihi

Jadi tunggu apa lagi, jom tengok video kampus baru saya..eh!... kami... :)


-sekian-

Wednesday, February 1, 2012

Let him go

hey..hey..assalamualaikum,

People said if you love him let him go, dont worry if he come back to you then he is yours forever.. ha... but i think, this quote have to considered again...macam ndak betul...hahaha.. sepatutnya patut risau okey..

-sekian-