Wednesday, December 12, 2012

Trust me..we are flying..xD

Assalamualaikum~

Cuti 4 bulan....? sekolah apa jugak ko ni cuti sampai 4 bulan. ko repeat ka extend ka apa?

Yang pastinya aku macam malas sudah mau explain kenapa aku cuti panjang ni -_-'. Lepas explain panjang lebar bukan dorang mau faham pun. Whatever~
Tapi yang pastinya cuti selama 4 bulan ni aku ku pastikan Aws0me..lantakla mau cakap apa. Jumaat lepas tanpa diduga aku dengan besties aku pergi mendaki bukit Tengkorak.. Niat mau pegi makan d Mayuki, otw mau pegi tempat tu kena limpas Bukit Tengkorak. Tiba-tiba plan berubah di tengah hari panas terik tu.

Walaupun penat tapi berbaloi juga.. Kami berdua jak yang berada diatas bukit tu. haha.. lompat sana lompat sini. ketawa macam hapa pun teda orang nampak jugak. Tapi kepuasan sejati bila kami dapat snap pix lompat-lompat! Penat gila... sudahla penat panjat bukit setinggi 500m plus jump ab0ut a hundred time to get a best sho0t!

 Muka macam kena lindungi Ka'bah kan? kaki x jejak tanah kat atas kepala pulak bercahaya gitu... :p
matahari tegak diatas kepala bukti kami pegi naik bukit ni sekitar pukul 1 tengah hari.

My besties... Always forever alone with her!

Part 1

 Part 2

 Part 3

 weeeeee~

 :)





Gambar ni monyet yang taangkap..sebab kami bedua jak atas bukit time ni.. wkeowkeo!




Im g0ing to fly..babai.. xD

Fun gila time ni... rasa macam mau tinggal jak atas bukit ni.. view lawa!
kalau datang Semporna jangan lupa untuk naik Bukit Tengkorak ni. Murah jak RM 2 per kepala. Nak naik pun x payah nak panjat batu bagai.. Tangga disediakan dari langkah pertama hinggalah langkah ke puncak. ;)


Tuesday, October 16, 2012

Kawan aku dah nak kawen?

Assalamualaikum xD

Pejam celik.. pejam celik. rupanya aku ni dah menjangkau umur dua abad (lebih sikit je) no wonder la facebook pun dah ramai yang add ( I je yang tak aprove :p) instagram pun dah ramai yang follow. 25 followers...? lebih dari 1, banyak la tu kan.. lebih dari 1 what? at least bagi instagramer tahap amatur macam aku ni, aku anggap tu dah tahap memberansangkan dah tu. weeee what ever~ :)

ok..kembali kepada tajuk tadi baru je gayut almost 2 hours gossip dengan  BFF ni kononnya our bff lagi sorang ni dah nak kahwennnnnnn~

waaaaaaaahhhh!!!
aku excited tahap gaban kowt!!!

Tapi dalam hati my tears mencurah-curah
Satu habbit yang kurang aku gemari, bila aku dengar berita gembira yang macam ni secara tanpa dipandu hati aku suka mencarut

damn!!!

Kenapa member-member aku senang-senang je mendirikan masjid dan dapat baby.. Why not me? Aku ni bila lagi? Aku sedih tahu tak? hidup sendirian sebegini. Oh tuhan~ tiada tempat mengadu bagai. tiada tempat aku menumpang kasih.. hu hu hu!

Chet!!! Macam desperado sangat la pulak kan.. keep cool lah..got or not..it just a joke lah.. lipton ice tea break comercial! Tapi sebenarnya aku bukan sedih sebab aku tak kahwen lagi ataupun jelous (sikit la) cik adik ni jap lagi kahwen awal dari aku. Sedih sebab lepas ni mungkin hubungan kami yang agak tegang sebelum ni berkemungkinan akan menjadi kendur!

I tak suka la kan kendur-kendur ni. Sebagai anak dara yang berkaliber dan berkarisma harusla tegang. Muka tegang! tangan tegang! kaki tegang! Watchaaaaa!!!

Tapi walau apa pun itu adalah kehidupan beliau. She deserved that. Mendirikan masjid tu kan dapat pahala. For sure lah kalau doakan masjid beliau cepat didirikan akan dapat pahala. Syukur alhamdulillah. She gain the pahala and so do I. -_-'

Antara satu benda yang aku suka tentang member aku yang nak jadi raja sehari kejap lagi ni kan, beliau teramatlah give a hundred percent effort to keep her love as sicret as trasure zaman dinosour dolu-dolu. tup..tup..tup dah nak kawen rupanya.. sebelum ni pon beliau banyak UNsicret admires dan scandals (harus alert theres a couples of 's' over there). Senang, nak pegi mana-mana pon just call then beberapa saat kemudian datanglah prince UNcharming yang jemput. Sikap acuh tak acuh dia ni dengan kaum Adam membuatkan aku ingatkan beliau ni berhati KERING. Ayat beliau yang aku tak boleh lupa sampai sekarang 'kalau setakat I LOVE YOU I LOVE YOU NI bukan boleh kenyang pon'.

PANGGGGGG!!!
Aku macam kena penampar setan bertubi-tubi, berdesing telinga dengar bila beliau cakap ayat tu kat aku. Dah la time tu aku tengah hangat bercinta kan? maunya aku hangen boikot beliau selama beberapa minggu tak cakap. Orang tengah cinta tahap cipan ni ko jangan berani-berani kacau emosi. Panas Okey!!! kaw nak kipas tak pe..

Ha ha ha!
kan dah kena..Beliau berhati BASAH jugak rupanya.. Im sory to say babe.. U have to eat your word back...(what kind of peribahasa ni?)
hik hik hik!

 Babe! hell0ooooo~ tak perempuan lah kita orang ni kalau rahsia ko tu tak sampai ketelinga aku kan? :p

Di sini sebagai housemate beliau yang berdedikasi, penyanyang dan pengasih.. harapan saya semoga beliau cepatlah kahwen dan dapat baby. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Kalau dah kawen tu jangan lupa aku yang kecik cute molek ni.. huhu.. Akan selalu merindui saat-saat ko bujang lagi ni. Walaupun aku selalu menegangkan muka ko tapi sebenarnya aku pon sayang ko jugak. Jadilah Isteri yang baek nanti. Okey Makcik!

Agak sukar untuk terima hakikat gambar dibawah ni..but what can i do? that its the truth... oh tuhannn~

Add caption











Monday, October 15, 2012

Dikayuh Pangataian

Assalamualaikum xD

Syukur Alhamdulillah..
Impian ku untuk menjayakan program di tempat sendiri
akhirnya terlaksana beberapa bulan yang lepas.
Sewaktu berada di tahun awal dolu-dolu
aku memang memasang impian untuk membuat program
yang melibatkan siswa dan siswi UPSI ke SABAH
terutamanya SEMPORNA.
Satu perasaan yang Aweeeeeeeesomeeeeeee!
setelah berjaya melaksanakan impian
kepuasan yang cukup sejati umpama minum secawan neskefe
cukup ummmmmphhhhhhh!
entah macam mana harus ku gambarkan perasaan ku ni
tersangatla happy..

Setelah bertungkus-lumus
menguruskan segala surat-surat kebenaran
bagai~
surat-surat jemputan
bagai~
cari penajaan sampai ke Shah Alam
bagai~
pokoknya yang segala mak bapak
bagai~
disetelkan.. Akhirnya... Terlaksanalah program DP
Meeting punya meeting
tang..ting..tung!!!
tarikh keramat 19-22 hb June 2012
program ni pun berlangsung
bermula di KK dan berakhir d Semporna.

Jutaan terima kasih buat hardcore-hardcore saya
Cik Juriah Conding, Mohd Firdaus Amil Hamja, Moh Alif Radi
dan semua crew-crew DP yang sentiasa bersama saya sehingga ke akhir program.
tanpa anda semua siapa lah saya ni kan.. :)
tanpa membuang masa
Jum saksikan gambar para crew yang r0x!!!






Sunday, October 14, 2012

'Aku yang tersakiti' adakah sekadar lagu atau ada kisah disebaliknya?

Assalamualaikum.. xD



Lagu ni memang best..sedap jek layan kan
Cerita pasal cinta-cinta ni memang tidak pernah habis
aku sendiri pun pernah jugak terlibat dalam kancah percintaan ni
dan lagu Aku Yang Tersakiti ni amatlah sesuai
dengan keadaan aku sewaktu aku frust menonggeng dolu-dolu la..
Tapi kini tidak lagi..heee ~

Sekarang ni bila dah berkali-kali kena
rasa insaf tu timbul dengan sendirinya
bila kita terlalu memikirkan soal cinta sesama insan
tak kan kemana perginya.
Otak jadi jem, semua kerja pun tergendala
sebab sebok sangat beremosi!
Kejadian yang berlaku kat aku sebelum ni
sebab aku terlalu 'push' diri dalam soal ini.
memberatkan kepala dengan fikir benda yang tidak sepatutnya
Rasa ingin ada orang yang ambil berat pasal diri ini
Terlalu ingin rasa mencintai dan dicintai
chehhhh! geeetuuuuuuuw!
oh tidak...geli..geli..geli!!!!

Setelah dua kali diperlakukan tidak sepatutnya
bila nak, datang bila tak nak, ditinggal begitu sahaja.
Saat itu
terasa dunia begitu kejam pada diri ini
tetapi tak sedar sebenarnya aku sendiri
yang kejam dan menzalimi diri sendiri kan?
Sebab tidak tau jaga hati sendiri

Aku pernah  cakap dekat seorang kawan aku
yang juga frust dalam bercinta baru-baru ni
konon-konon lah aku ni Dr. Cinta
padahal failed jugak!
Aku kata
'bila kita rasa bersyukur yang seseorang itu telah meninggalkan kita itu maksudnya kita sudah boleh menerima pemergiannya' -wawa 2012-
Aku cakap macam tu adalah melalui pengalaman saya sendiri
Rasa bersyukur sangat dia pergi
Rupanya banyak benda yang aku terlepas sewaktu bersama dia.
Banyak benda lagi yang aku belum explore
aku bataskan pergerakan dan aktiviti semata-mata
untuk luangkan masa dengan dia.
how stupit i'm..huh?
peluang-peluang keemasan aku lepaskan begitu sahaja
akhirnya kepercayaan aku juga yang dikhianati..

Tapi sekarang nikmat kebahagiaan hidup tanpanya
tersangat-sangat aku rasai..
serius...
rasa macam baru terbangun dari mimpi
Aku pernah juga luahkan dengan member aku ni
yang aku sebenarnya takut juga
sebab sekarang aku rasa tersangat happy
so takut lepas ni aku akan jadi sedih
Tapi member aku tu cakap
'Tu mungkin balasan sebab sebelum ni ko selalu  frust'
Ok..aku rasa macam ada betulnya kawan aku cakap tu
sebelum ni aku betul-betul serabut
sebab fikirkan hubungan yang terumbang-ambing bersamanya.
Harapan demi harapan di aberikan rupa-rupanya
beliau juga sebok menabur harapan bersama orang lain di sana
Kena tipu hidup-hidup..astagafirullahilazim...
Rasa diri betul-betul bodoh pun ada
dalam hati aku mencarut
Stupit!!!
how come beliau sungguh tidak berhati perut sebegitu.
After what i've done for him and thats all what i got?
0h...tuhan....
beliau dont deserved me at all
titik!

Ada jugak kawan yang tanya 'kenapa ko tidak fight?'
Jika beliau betul-betul layak untuk saya fight
Insyaallah saya lakukan
tapi beliau langsung tidak menunjukkan yang dirinya
layak untuk saya fight...
walaupun sudah diberikan peluang berkali-kali
Jadi walau apa pun terjadi
tiada sebab untuk menyalahkan saya, sebab
I've play my role nicely
with super duper hardly effort!

Buat masa sekarang ni saya sudah boleh hidup dengan bahagia dan normal
biarlah dia dengan labu-labunya dan berbahagia dengan hidupnya sendiri.
Dengan lafaz bismillahirrahmanhirrahim..
***aku maafkan kamu***

Cuma berharap kaw tidak muncul lagi dalam hidupku.
Cerita ini saya jaja bukan mahu memburukkan beliau
ataupun menyalahkan beliau atas semua yang berlaku
saya terima semuanya sebagai qada' dan qadar
tapi sekadar pengajaran buat yang tengah hangat bercinta diluar sana
Kalau bercinta tu biar berpada-pada
kadang-kadang cinta tu lahir tanpa diundang
tapi kadang-kadang cinta tu juga pergi tanpa dipinta.


“Dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik bagi kamu, dan boleh jadi juga apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu. Dan Allah itu Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui apa-apa.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Agak tersentap dengan ayat Al-quran ni...memang tidak dinafikan..












Saturday, August 11, 2012

Syukurlah...

Hye..hye..assalamualaikum..
Lama betul sudah ndak updet ni blog
lebih kurang dalam dua sem jugak la ndak sentuh ni blog
dalam masa dua sem ni macam-macam sudah berlaku
sedar ndak sedar aku sekarang ni sem 7 suda
sebagai student UPSI yang sejati

Keputusan exam sem 6 pun sudah keluar
not bad jugak la..
Duit PTPTN pun sudah licin
Sekarang sudah 8 minggu pracktikum
sebagai cekgu pendidikan khas
di SMK Yam Tuan Radin Port Dickson

Setelah tiga kali hampir menjadi arwah
first hampir kena kejar 3 ekor anjing putih,
lepas tu hampir kena panah petir time mandi hujan
dengan ro0mate ku c Eni Shinoda
dan yang ketiga, kepala ni hampir kena hempuk
dengan penutup truck lori cuti-cuti Malaysia
masa lawatan ke Pusat Sains Negara bulan lepas
Nasiplah nyawa masih bersisa...

syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur
untuk menjalani tugas sebagai hambaNya
di bulan Ramadhan yang mulia ni.
akhirnya kini aku duduk-duduk depan tivi
sambil updet blog...

Bila difikir-fikir balik
hidup kita ni tidaklah selama mana kan
sedar akan hakikat yang nyata tu
tapi kenapa wujud lagi hati yang hitam itu..
cukuplah kulit sejak yang hitam jangan hati jugak gelap
sama-sama la kita doakan supaya hati kita ni sentiasa
cerah dari ke hari ya kawan-kawan..

Friday, February 24, 2012

PBSM Celop.. Fraser Ganster!

Hey..hey..U ols...

Kerana kebizian selama beberapa minggu ni terabai sudah ni blog.. Minggu pertama Januari lepas join kem, lepas tu join bengkel, lepas tu join minggu suai kenal untuk menyesuaikan para cikgu-cikgu yang baru masuk ke UPSI ni..Then join pulak kursus ke Fraser Hill under PBSM.

Dek kerana tahun caca-marba ni tiba-tiba aku jadi ahli PBSM UPSI.. Memang rezeki aku kali untuk dapat percutian kat Shahzan Inn Freser Hill.. Segalanya percuma okey.. Gara-gara sorang budak ni tarik diri aku dikambing hitamkan oleh teman serumah ku sendiri demi mengelakkan mereka membayar penalti sebanyak lebih kurang 400 ringgit la begitu..

Gruop FRASER GANGSTER.. ganas tak ganas?

Konon demi semangat setia kawan aku mengorbankan masa yang aku memang dah set awal-awal peruntukkan untuk spent dengan lil sister aku yang tak lama lagi balik Sabah.. Ada beberapa hari saja lagi beliau akan berada di tanah Semenanjung ni. 3 hb March ni akan fly balik ke Sabah. Selain tu aku mengorbankan status aku sebagai PENGAKAP MALAYSIA yang sejati, masa kerja aku kat kedai Dobi Layan Diri sana dan jugak mengorbankan masa rehat aku yang telah tidak pernah ku kecapi selama beberapa minggu sejak kebelakangan ni..

Tapi apapun saya mengucapakan ribuan terima kasih la kepada PBSM UPSI terutamanya Kapten Liz Patrik dan Fit.. tanpa mereka tidaklah saya dapat menikmati percutian 3 hari 2 malam d Fraser Hill.. Biarpun tidak dapat rehat secukupnya tapi oleh kerana aktiviti sepanjang kursus tu yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap ringan, sebab beberapa aktiviti yang saya join pada minggu sebelum-sebelumnya tersangatlah ekstrim pada hemat saya, jadi secara tidak langsung status KURSUS SEKATA under LPPKN yang dikelolakan oleh PBSM Cabang T. Malim yang berlangsung di Fraser Hill itu saya isytiharkan sebagai PERCUTIAN...

First time seumur hidup pakai baju PBSM


Seronok tak seronok belakang kira janji Fraser Hill tu aku dah tawan.. Aku pun dah Iba..Iba..andale.. dengan Stormy c kuda hitam dengan bayaran RM 5 tu pun aku sudah cukup berpuas hati.. Dengan makan freenya, shower pulak siap ada heatter, pengering rambut ada, tivi ada, paket-paket kecil gula, creamer, kopi, dan teh bersepah kena kasi free kat hotel tu.. hmmm.. beruntung tak beruntung korang pikir la sendiri... eh..aku ni bajet aku jak yang pernah pegi hotel kan...phuii~

Then sekarang ni minggu pertama kuliah.. Mood malas pegi kuliah kembali berkobar-kobar setelah hampir padam beberapa minggu yang lepas. Tapi apapun as a student saya kena jugak hadapi dengan tabah.. Apa yang penting sekarang ni harus ikhlas, redha dan pasrah untuk pergi ke kelas.. ehem..

Baiklah~ sampai disini sahaja setakat ini..assalamualaikum..

Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah....





Friday, February 17, 2012

Wahai kamu~

assalamualakum...

Penat dari minggu suai kenal pun ndak habis lagi hari ini pegi pulak kursus PBSM di Fraser Hill.. Ok ndak apa biarpun malas maw pegi tapi ikhlaskan jak lah diri kan.. Bak kata pepatah melayu tolong menolong amalan mulia~

Pasal minggu suai kenal tu nanti saya cerita in di kemudian hari okey.. Macam tidak sempat plak kalau maw cerita in sekarang.. Semenjak beberapa bulan ni saya tersangat dan super duper busy...

Kepada kamu yang berkenaan nun jauh di sana terima kasih banyak sebab memahami dan care pasal saya..ehem~ :)

Ok chaw dulu..Bye~

Thursday, February 9, 2012

Hey..hey..u ols..

Sempena cuti semester yang tidak lama lagi berakhir ni, aku pegi lah menyibukkan diri ku yang memang sudah sedia sibuk ni untuk join program Rakan Suai Kenal. Oleh kerana sem ni dan sem depan bertekad maw mem-busy-kan diri jadi biarpun kerja ada banyak tetap jugak mahu menyibuk sikit. Bila lagi maw join kan..? Ndak lama lagi maw habis study sudah ni, so kena la menimba pengalaman yang tidak seberapa ni sebagai bekalan untuk dimasa hadapan.

Program ni mula pada 8hb-16hb february. Lama jugak kan..? but so far program agak relax jugak la pada peringkat bengkel ni. Mungkin bila student baru ni sudah baru mendaftar baru nampak busy sikit. Pada 8hb yang lepas kami pegi jungle tracking.. konon la jungle kan..padahal separuh jungle separuh ladang kelapa sawit. eheemmm... So tanpa membuang masa jom tengok pix kami yang rox!

Istaring..

Yeah thats me! muka jellek plus hitam lagi..

Grup ku dan grup fit..

Aku nampak sipi-sipi jak..

Semmat kan? :p


Kepenatan..

Pasir bertan-tan dalam kasut

Yeah! me again..


konon tidak maw kasi basah kasut..

Suka dengan pix ni..seolah-olah best berada dalam hutan..

Ok..amacam..rox kannnnn? :p


Wednesday, February 8, 2012

Maw pegi sini

Hey..hey..u ols...

Bunga dengan perempuan ni memang sudah sinonim kalau digandingkan. Sebagai seorang girl yang normal saya pun minat jugak dengan bunga-bungaan ni. Tapi bukan bunga rose, matahari, ataupun bunga orkid okey. Bunga ni jarang ada di Malaysia ni. saya sendiri pun ndak pernah lagi tengok secara live. Sebab tu semangat berkobar-kobar maw pegi tengok bunga ni secara live.. Sejak tingkatan 5 klu aku ndak silap aku minat ni bunga.. al-maklum la..time tu la kunun ba start mengenal cinta..phuuuuik! hahaha~

Tapi nanti lah di satu hari apabila saya sudah jadi kaya nanti. Bukannya apa tempat yang saya maw pegi ni ni Amsterdam jaaaaauuuhhhh Taman bunga tulip Keukenhof. Kalau rezki banyak insyaallah aku pegi la..hihihi.. Ndak sabar maw tunggu saatnya bila aku kaya nanti..ehemmmm..bila la tu ya...?

Ok..tanpa buang masa jum kita tengok gambar-gambar bunga feveret ku dan Taman Keukenhof ni..

Oleh kerana saya minat colour purple so ofkos la saya kena minat bunga tulip colour purple kan..

Tulip purple lagi...

Lawa kan yang colour purple ni?

Serius lawa gila...

Paduan warna yang cukup padu..Dark purple with pink..

Colour putih pun not bad kan?

Jugak teringin maw tengok kincir angin yang classic ni..

Macam maw gila aku tengok ni..

Insyaallah someday akan ku tawan jugak ni tempat..tengok sejak la... Amsterdam..nantikan kedatangan ku.. :)








Monday, February 6, 2012

Mabul Island Awesome

Hey..hey..U ols..

Dalam edisi blog aku yang lepas dah masukkan gambar-gambar percutian kat Pulau Mabul ni. Tapi oleh sebab blog tuh dah kena terminate so saya upload lagi balik.. Bukan maw menunjuk-nunjuk, tapi sekadar maw melancarka promosi 'VISIT SEMPORNA' hehehe.. Okey jom saksikan pix ni..

Kualiti pix agak kurang..


Mabul chix merangkap peng sponsor percutian kali ini

Miss Universe from Mabul 

My Friend, Ais krim, dan Ikan Banak..

Amman & Aini

Kanak-kanak Ribena

Hot Chix!

Bro Amman & Sis Aini

Mabul Sunset

Trep pro skalinya hampeh..

Kak Eg & her siblings


Mabul Sunrise

Gud bye Mabul..Lain kali saya datang lagi..