Tuesday, October 16, 2012

Kawan aku dah nak kawen?

Assalamualaikum xD

Pejam celik.. pejam celik. rupanya aku ni dah menjangkau umur dua abad (lebih sikit je) no wonder la facebook pun dah ramai yang add ( I je yang tak aprove :p) instagram pun dah ramai yang follow. 25 followers...? lebih dari 1, banyak la tu kan.. lebih dari 1 what? at least bagi instagramer tahap amatur macam aku ni, aku anggap tu dah tahap memberansangkan dah tu. weeee what ever~ :)

ok..kembali kepada tajuk tadi baru je gayut almost 2 hours gossip dengan  BFF ni kononnya our bff lagi sorang ni dah nak kahwennnnnnn~

waaaaaaaahhhh!!!
aku excited tahap gaban kowt!!!

Tapi dalam hati my tears mencurah-curah
Satu habbit yang kurang aku gemari, bila aku dengar berita gembira yang macam ni secara tanpa dipandu hati aku suka mencarut

damn!!!

Kenapa member-member aku senang-senang je mendirikan masjid dan dapat baby.. Why not me? Aku ni bila lagi? Aku sedih tahu tak? hidup sendirian sebegini. Oh tuhan~ tiada tempat mengadu bagai. tiada tempat aku menumpang kasih.. hu hu hu!

Chet!!! Macam desperado sangat la pulak kan.. keep cool lah..got or not..it just a joke lah.. lipton ice tea break comercial! Tapi sebenarnya aku bukan sedih sebab aku tak kahwen lagi ataupun jelous (sikit la) cik adik ni jap lagi kahwen awal dari aku. Sedih sebab lepas ni mungkin hubungan kami yang agak tegang sebelum ni berkemungkinan akan menjadi kendur!

I tak suka la kan kendur-kendur ni. Sebagai anak dara yang berkaliber dan berkarisma harusla tegang. Muka tegang! tangan tegang! kaki tegang! Watchaaaaa!!!

Tapi walau apa pun itu adalah kehidupan beliau. She deserved that. Mendirikan masjid tu kan dapat pahala. For sure lah kalau doakan masjid beliau cepat didirikan akan dapat pahala. Syukur alhamdulillah. She gain the pahala and so do I. -_-'

Antara satu benda yang aku suka tentang member aku yang nak jadi raja sehari kejap lagi ni kan, beliau teramatlah give a hundred percent effort to keep her love as sicret as trasure zaman dinosour dolu-dolu. tup..tup..tup dah nak kawen rupanya.. sebelum ni pon beliau banyak UNsicret admires dan scandals (harus alert theres a couples of 's' over there). Senang, nak pegi mana-mana pon just call then beberapa saat kemudian datanglah prince UNcharming yang jemput. Sikap acuh tak acuh dia ni dengan kaum Adam membuatkan aku ingatkan beliau ni berhati KERING. Ayat beliau yang aku tak boleh lupa sampai sekarang 'kalau setakat I LOVE YOU I LOVE YOU NI bukan boleh kenyang pon'.

PANGGGGGG!!!
Aku macam kena penampar setan bertubi-tubi, berdesing telinga dengar bila beliau cakap ayat tu kat aku. Dah la time tu aku tengah hangat bercinta kan? maunya aku hangen boikot beliau selama beberapa minggu tak cakap. Orang tengah cinta tahap cipan ni ko jangan berani-berani kacau emosi. Panas Okey!!! kaw nak kipas tak pe..

Ha ha ha!
kan dah kena..Beliau berhati BASAH jugak rupanya.. Im sory to say babe.. U have to eat your word back...(what kind of peribahasa ni?)
hik hik hik!

 Babe! hell0ooooo~ tak perempuan lah kita orang ni kalau rahsia ko tu tak sampai ketelinga aku kan? :p

Di sini sebagai housemate beliau yang berdedikasi, penyanyang dan pengasih.. harapan saya semoga beliau cepatlah kahwen dan dapat baby. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Kalau dah kawen tu jangan lupa aku yang kecik cute molek ni.. huhu.. Akan selalu merindui saat-saat ko bujang lagi ni. Walaupun aku selalu menegangkan muka ko tapi sebenarnya aku pon sayang ko jugak. Jadilah Isteri yang baek nanti. Okey Makcik!

Agak sukar untuk terima hakikat gambar dibawah ni..but what can i do? that its the truth... oh tuhannn~

Add caption











Monday, October 15, 2012

Dikayuh Pangataian

Assalamualaikum xD

Syukur Alhamdulillah..
Impian ku untuk menjayakan program di tempat sendiri
akhirnya terlaksana beberapa bulan yang lepas.
Sewaktu berada di tahun awal dolu-dolu
aku memang memasang impian untuk membuat program
yang melibatkan siswa dan siswi UPSI ke SABAH
terutamanya SEMPORNA.
Satu perasaan yang Aweeeeeeeesomeeeeeee!
setelah berjaya melaksanakan impian
kepuasan yang cukup sejati umpama minum secawan neskefe
cukup ummmmmphhhhhhh!
entah macam mana harus ku gambarkan perasaan ku ni
tersangatla happy..

Setelah bertungkus-lumus
menguruskan segala surat-surat kebenaran
bagai~
surat-surat jemputan
bagai~
cari penajaan sampai ke Shah Alam
bagai~
pokoknya yang segala mak bapak
bagai~
disetelkan.. Akhirnya... Terlaksanalah program DP
Meeting punya meeting
tang..ting..tung!!!
tarikh keramat 19-22 hb June 2012
program ni pun berlangsung
bermula di KK dan berakhir d Semporna.

Jutaan terima kasih buat hardcore-hardcore saya
Cik Juriah Conding, Mohd Firdaus Amil Hamja, Moh Alif Radi
dan semua crew-crew DP yang sentiasa bersama saya sehingga ke akhir program.
tanpa anda semua siapa lah saya ni kan.. :)
tanpa membuang masa
Jum saksikan gambar para crew yang r0x!!!






Sunday, October 14, 2012

'Aku yang tersakiti' adakah sekadar lagu atau ada kisah disebaliknya?

Assalamualaikum.. xD



Lagu ni memang best..sedap jek layan kan
Cerita pasal cinta-cinta ni memang tidak pernah habis
aku sendiri pun pernah jugak terlibat dalam kancah percintaan ni
dan lagu Aku Yang Tersakiti ni amatlah sesuai
dengan keadaan aku sewaktu aku frust menonggeng dolu-dolu la..
Tapi kini tidak lagi..heee ~

Sekarang ni bila dah berkali-kali kena
rasa insaf tu timbul dengan sendirinya
bila kita terlalu memikirkan soal cinta sesama insan
tak kan kemana perginya.
Otak jadi jem, semua kerja pun tergendala
sebab sebok sangat beremosi!
Kejadian yang berlaku kat aku sebelum ni
sebab aku terlalu 'push' diri dalam soal ini.
memberatkan kepala dengan fikir benda yang tidak sepatutnya
Rasa ingin ada orang yang ambil berat pasal diri ini
Terlalu ingin rasa mencintai dan dicintai
chehhhh! geeetuuuuuuuw!
oh tidak...geli..geli..geli!!!!

Setelah dua kali diperlakukan tidak sepatutnya
bila nak, datang bila tak nak, ditinggal begitu sahaja.
Saat itu
terasa dunia begitu kejam pada diri ini
tetapi tak sedar sebenarnya aku sendiri
yang kejam dan menzalimi diri sendiri kan?
Sebab tidak tau jaga hati sendiri

Aku pernah  cakap dekat seorang kawan aku
yang juga frust dalam bercinta baru-baru ni
konon-konon lah aku ni Dr. Cinta
padahal failed jugak!
Aku kata
'bila kita rasa bersyukur yang seseorang itu telah meninggalkan kita itu maksudnya kita sudah boleh menerima pemergiannya' -wawa 2012-
Aku cakap macam tu adalah melalui pengalaman saya sendiri
Rasa bersyukur sangat dia pergi
Rupanya banyak benda yang aku terlepas sewaktu bersama dia.
Banyak benda lagi yang aku belum explore
aku bataskan pergerakan dan aktiviti semata-mata
untuk luangkan masa dengan dia.
how stupit i'm..huh?
peluang-peluang keemasan aku lepaskan begitu sahaja
akhirnya kepercayaan aku juga yang dikhianati..

Tapi sekarang nikmat kebahagiaan hidup tanpanya
tersangat-sangat aku rasai..
serius...
rasa macam baru terbangun dari mimpi
Aku pernah juga luahkan dengan member aku ni
yang aku sebenarnya takut juga
sebab sekarang aku rasa tersangat happy
so takut lepas ni aku akan jadi sedih
Tapi member aku tu cakap
'Tu mungkin balasan sebab sebelum ni ko selalu  frust'
Ok..aku rasa macam ada betulnya kawan aku cakap tu
sebelum ni aku betul-betul serabut
sebab fikirkan hubungan yang terumbang-ambing bersamanya.
Harapan demi harapan di aberikan rupa-rupanya
beliau juga sebok menabur harapan bersama orang lain di sana
Kena tipu hidup-hidup..astagafirullahilazim...
Rasa diri betul-betul bodoh pun ada
dalam hati aku mencarut
Stupit!!!
how come beliau sungguh tidak berhati perut sebegitu.
After what i've done for him and thats all what i got?
0h...tuhan....
beliau dont deserved me at all
titik!

Ada jugak kawan yang tanya 'kenapa ko tidak fight?'
Jika beliau betul-betul layak untuk saya fight
Insyaallah saya lakukan
tapi beliau langsung tidak menunjukkan yang dirinya
layak untuk saya fight...
walaupun sudah diberikan peluang berkali-kali
Jadi walau apa pun terjadi
tiada sebab untuk menyalahkan saya, sebab
I've play my role nicely
with super duper hardly effort!

Buat masa sekarang ni saya sudah boleh hidup dengan bahagia dan normal
biarlah dia dengan labu-labunya dan berbahagia dengan hidupnya sendiri.
Dengan lafaz bismillahirrahmanhirrahim..
***aku maafkan kamu***

Cuma berharap kaw tidak muncul lagi dalam hidupku.
Cerita ini saya jaja bukan mahu memburukkan beliau
ataupun menyalahkan beliau atas semua yang berlaku
saya terima semuanya sebagai qada' dan qadar
tapi sekadar pengajaran buat yang tengah hangat bercinta diluar sana
Kalau bercinta tu biar berpada-pada
kadang-kadang cinta tu lahir tanpa diundang
tapi kadang-kadang cinta tu juga pergi tanpa dipinta.


“Dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik bagi kamu, dan boleh jadi juga apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu. Dan Allah itu Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui apa-apa.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Agak tersentap dengan ayat Al-quran ni...memang tidak dinafikan..