Friday, February 24, 2012

PBSM Celop.. Fraser Ganster!

Hey..hey..U ols...

Kerana kebizian selama beberapa minggu ni terabai sudah ni blog.. Minggu pertama Januari lepas join kem, lepas tu join bengkel, lepas tu join minggu suai kenal untuk menyesuaikan para cikgu-cikgu yang baru masuk ke UPSI ni..Then join pulak kursus ke Fraser Hill under PBSM.

Dek kerana tahun caca-marba ni tiba-tiba aku jadi ahli PBSM UPSI.. Memang rezeki aku kali untuk dapat percutian kat Shahzan Inn Freser Hill.. Segalanya percuma okey.. Gara-gara sorang budak ni tarik diri aku dikambing hitamkan oleh teman serumah ku sendiri demi mengelakkan mereka membayar penalti sebanyak lebih kurang 400 ringgit la begitu..

Gruop FRASER GANGSTER.. ganas tak ganas?

Konon demi semangat setia kawan aku mengorbankan masa yang aku memang dah set awal-awal peruntukkan untuk spent dengan lil sister aku yang tak lama lagi balik Sabah.. Ada beberapa hari saja lagi beliau akan berada di tanah Semenanjung ni. 3 hb March ni akan fly balik ke Sabah. Selain tu aku mengorbankan status aku sebagai PENGAKAP MALAYSIA yang sejati, masa kerja aku kat kedai Dobi Layan Diri sana dan jugak mengorbankan masa rehat aku yang telah tidak pernah ku kecapi selama beberapa minggu sejak kebelakangan ni..

Tapi apapun saya mengucapakan ribuan terima kasih la kepada PBSM UPSI terutamanya Kapten Liz Patrik dan Fit.. tanpa mereka tidaklah saya dapat menikmati percutian 3 hari 2 malam d Fraser Hill.. Biarpun tidak dapat rehat secukupnya tapi oleh kerana aktiviti sepanjang kursus tu yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap ringan, sebab beberapa aktiviti yang saya join pada minggu sebelum-sebelumnya tersangatlah ekstrim pada hemat saya, jadi secara tidak langsung status KURSUS SEKATA under LPPKN yang dikelolakan oleh PBSM Cabang T. Malim yang berlangsung di Fraser Hill itu saya isytiharkan sebagai PERCUTIAN...

First time seumur hidup pakai baju PBSM


Seronok tak seronok belakang kira janji Fraser Hill tu aku dah tawan.. Aku pun dah Iba..Iba..andale.. dengan Stormy c kuda hitam dengan bayaran RM 5 tu pun aku sudah cukup berpuas hati.. Dengan makan freenya, shower pulak siap ada heatter, pengering rambut ada, tivi ada, paket-paket kecil gula, creamer, kopi, dan teh bersepah kena kasi free kat hotel tu.. hmmm.. beruntung tak beruntung korang pikir la sendiri... eh..aku ni bajet aku jak yang pernah pegi hotel kan...phuii~

Then sekarang ni minggu pertama kuliah.. Mood malas pegi kuliah kembali berkobar-kobar setelah hampir padam beberapa minggu yang lepas. Tapi apapun as a student saya kena jugak hadapi dengan tabah.. Apa yang penting sekarang ni harus ikhlas, redha dan pasrah untuk pergi ke kelas.. ehem..

Baiklah~ sampai disini sahaja setakat ini..assalamualaikum..

Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah....





No comments:

Post a Comment