Sunday, October 14, 2012

'Aku yang tersakiti' adakah sekadar lagu atau ada kisah disebaliknya?

Assalamualaikum.. xD



Lagu ni memang best..sedap jek layan kan
Cerita pasal cinta-cinta ni memang tidak pernah habis
aku sendiri pun pernah jugak terlibat dalam kancah percintaan ni
dan lagu Aku Yang Tersakiti ni amatlah sesuai
dengan keadaan aku sewaktu aku frust menonggeng dolu-dolu la..
Tapi kini tidak lagi..heee ~

Sekarang ni bila dah berkali-kali kena
rasa insaf tu timbul dengan sendirinya
bila kita terlalu memikirkan soal cinta sesama insan
tak kan kemana perginya.
Otak jadi jem, semua kerja pun tergendala
sebab sebok sangat beremosi!
Kejadian yang berlaku kat aku sebelum ni
sebab aku terlalu 'push' diri dalam soal ini.
memberatkan kepala dengan fikir benda yang tidak sepatutnya
Rasa ingin ada orang yang ambil berat pasal diri ini
Terlalu ingin rasa mencintai dan dicintai
chehhhh! geeetuuuuuuuw!
oh tidak...geli..geli..geli!!!!

Setelah dua kali diperlakukan tidak sepatutnya
bila nak, datang bila tak nak, ditinggal begitu sahaja.
Saat itu
terasa dunia begitu kejam pada diri ini
tetapi tak sedar sebenarnya aku sendiri
yang kejam dan menzalimi diri sendiri kan?
Sebab tidak tau jaga hati sendiri

Aku pernah  cakap dekat seorang kawan aku
yang juga frust dalam bercinta baru-baru ni
konon-konon lah aku ni Dr. Cinta
padahal failed jugak!
Aku kata
'bila kita rasa bersyukur yang seseorang itu telah meninggalkan kita itu maksudnya kita sudah boleh menerima pemergiannya' -wawa 2012-
Aku cakap macam tu adalah melalui pengalaman saya sendiri
Rasa bersyukur sangat dia pergi
Rupanya banyak benda yang aku terlepas sewaktu bersama dia.
Banyak benda lagi yang aku belum explore
aku bataskan pergerakan dan aktiviti semata-mata
untuk luangkan masa dengan dia.
how stupit i'm..huh?
peluang-peluang keemasan aku lepaskan begitu sahaja
akhirnya kepercayaan aku juga yang dikhianati..

Tapi sekarang nikmat kebahagiaan hidup tanpanya
tersangat-sangat aku rasai..
serius...
rasa macam baru terbangun dari mimpi
Aku pernah juga luahkan dengan member aku ni
yang aku sebenarnya takut juga
sebab sekarang aku rasa tersangat happy
so takut lepas ni aku akan jadi sedih
Tapi member aku tu cakap
'Tu mungkin balasan sebab sebelum ni ko selalu  frust'
Ok..aku rasa macam ada betulnya kawan aku cakap tu
sebelum ni aku betul-betul serabut
sebab fikirkan hubungan yang terumbang-ambing bersamanya.
Harapan demi harapan di aberikan rupa-rupanya
beliau juga sebok menabur harapan bersama orang lain di sana
Kena tipu hidup-hidup..astagafirullahilazim...
Rasa diri betul-betul bodoh pun ada
dalam hati aku mencarut
Stupit!!!
how come beliau sungguh tidak berhati perut sebegitu.
After what i've done for him and thats all what i got?
0h...tuhan....
beliau dont deserved me at all
titik!

Ada jugak kawan yang tanya 'kenapa ko tidak fight?'
Jika beliau betul-betul layak untuk saya fight
Insyaallah saya lakukan
tapi beliau langsung tidak menunjukkan yang dirinya
layak untuk saya fight...
walaupun sudah diberikan peluang berkali-kali
Jadi walau apa pun terjadi
tiada sebab untuk menyalahkan saya, sebab
I've play my role nicely
with super duper hardly effort!

Buat masa sekarang ni saya sudah boleh hidup dengan bahagia dan normal
biarlah dia dengan labu-labunya dan berbahagia dengan hidupnya sendiri.
Dengan lafaz bismillahirrahmanhirrahim..
***aku maafkan kamu***

Cuma berharap kaw tidak muncul lagi dalam hidupku.
Cerita ini saya jaja bukan mahu memburukkan beliau
ataupun menyalahkan beliau atas semua yang berlaku
saya terima semuanya sebagai qada' dan qadar
tapi sekadar pengajaran buat yang tengah hangat bercinta diluar sana
Kalau bercinta tu biar berpada-pada
kadang-kadang cinta tu lahir tanpa diundang
tapi kadang-kadang cinta tu juga pergi tanpa dipinta.


“Dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik bagi kamu, dan boleh jadi juga apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu. Dan Allah itu Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui apa-apa.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Agak tersentap dengan ayat Al-quran ni...memang tidak dinafikan..












No comments:

Post a Comment